Mechanical Section UniKL MSI sedang menganjurkan satu pertandingan FOTOGRAFI untuk seluruh warga UniKL MSI.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik berkenaan MEKANIKAL yang akan dijadikan gambar penghias dinding sekitar UniKL MSI. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat seni fotografi yang ada di kalangan warga MSI.
TEMA
Tema pertandingan ini ialah: "Mechanical Influences in Our Life". bermaksud perkara-perkara berkaitan mekanikal yang sering terlibat dalam kehidupan kita.
Dalam Pertandingan ini, kita akan mencari subjek-subjek (gambar) mekanikal yang berkaitan kehidupan kita yang ada di sekitar UniKL MSI sahaja.
(Sila lihat contoh yang ada dalam Photo Gallery)
JENIS KAMERA:
Semua jenis kamera boleh digunakan samada DSLR, Compact Camera ataupun Phone Camera.
Gunakan resolusi terbaik yang kamera anda boleh hasilkan.
PENYERTAAN:
Penyertaan terhad kepada 3 keping gambar saja untuk seorang peserta. Walaubagaimanapun, anda boleh gunakan nama rakan anda (atas persetujuannya) sekiranya anda ingin menghantar lebih banyak gambar.
Penyertaan boleh dibuat melalui borang online yang ada di laman blog ini atau hantar melalui AJK Phocon 1.0 (sila lihat lampiran)
Selain itu, penyertaan juga boleh dihantar terus ke Lobi UniKL MSI (kotak penyertaan dan borang disediakan). Anda perlu menghantar gambar tesebut dalam CD dan isikan borang penyertaan yang disediakan.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan AJK Phocon 1.0
TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
Dilanjutkan sehingga 14 OKTOBER 2011
Hadiah-hadiah yang disediakan:
Juara : RM200 + Piala + Sijil
Naib Juara : RM100 + Piala + Sijil
Ketiga : RM70 + Piala + Sijil
Saguhati : RM20 + Sijil (Tempat ke-4 hingga ke-10)


